07 April 2010

vacation:top 5 suite termahal dunia..perghh...

SETIAP orang memiliki cita rasa berlainan. Apabila bercuti, mungkin ada yang sudah berpuas hati apabila tinggal di bilik dengan katil empuk dan bilik air yang bersih tp bg yg byk duit mesti differ sket taste dorg..oppss byk differ nye. Tourism-Review menyenaraikan 10 suite hotel termahal dunia. t miera yg provide top 5 jer...Sediakan kad kredit anda kerana kadar tersenarai hanya bermula pada harga AS$15,500 atau semalam! honestly..miera not going 2 waste my money 4 it...never dream on it..ha9
1. Royal Villa at Grand Resort Lagonissi, Athens, Greece (AS$50,000 atau kira-kira RM165,000 semalam). Suite ini menawarkan tetamu dengan kemewahan tanpa batasan. Sama ada kolam dengan bersuhu panas, bilik stim, pantai dan butler peribadi sehingga kepada chef dan pemain piano yang bersedia melayani semua permintaan anda.
2. Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino Resort, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS$40,000 atau kira-kira RM132,000 semalam). Di Las Vegas, anda mungkin memiliki peluang sama rata untuk mendiami suite ini. Mengambil tema playboy, suite dua tingkat berkeluasan 10,000 kaki persegi didatangkan bersama perkhidmatan butler, katil berputar dan cermin siling.
3. Ty Warner Penthouse, Four Seasons, New York, Amerika Syarikat (AS$34,000 atau kira-kira RM112,200 semalam). Suite di hotel tertinggi di Amerika Syarikat ini menawarkan pemandangan 360 darjah kota ini. Dinding dari lantai ke siling mengelilingi suite dengan sembilan bilik, manakala ruang dalaman dihiasi platinum dan fabrik benang emas. Tetamu akan dijaga butler. Menariknya, televisyen menerima semua saluran dari serata dunia.
4.
Royal Penthouse Suite, President Wilson Hotel, Geneva, Switzerland (AS$33,000 atau kira-kira RM108900 semalam). Suite ini mengambil keseluruhan tingkat atas hotel dengan empat bilik dan lounge koktel yang boleh memuatkan sehingga 40 tetamu.
5.
Bridge Suite at The Atlantis, Pulau Paradise, Bahamas (AS$25,000 atau kira-kira RM82,500 semalam). Suite ini memiliki 10 bilik kerana ia terletak antara ruangan yang menghubungkan dua menara hotel. Micheal Jackson juga pernah menjadi tetamu suite ini.

1 comments:

fikkyafiqah said...

x ke membazir..bg aku pown xpe..ha9..:)
kat syurga t dpt ag besh..jom sme2 kiter bine mahligai kat syurga..:)

© ariemiera's journey - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart